FIQH HUKUM ISTIBRA' DAN CARA MELAKSANAKANNYA



Assalamualaikumwarahmatullahiwabaraktuh dan salam sejahtera kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Bersyukur kita pada hari ini kerana masih lagi dikurniakan umur dan kesihatan yang baik bagi meneruskan tugas kita sebagai seoarang khalifah dan hamba Allah swt di dunia ini. Oleh itu, tergerak hati saya untuk menyampaikan sedikit info dari sudut fiqh berkaitan dengan cara beristinjak.

Kadang-kadang, kita sering memandang remeh tentang cara beristinjak yang betul sebelum kita mengangkat wudhuuntuk menunaikan solat yang dinamakan ISTIBRAiaitu menghabiskan sisa-sisa najis yang ada agar hilang rasa was-was ia masih ada . ISTIBRAini SUNAT dilakukan tetapi amatlah digalakkan terutamanya bagi kaum adam dan tidak kurang juga bagi kaum wanita. 

Oleh itu, ISTIBRA ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti berdehem, menekan ari-ari (wanita), mengurut zakar (lelaki) dan sebagainya asalkan tujuannya untuk menghabiskan sisa air kencing yang masih ada. Cara tersebut perlu dilakukan setelah selesai kencing bagi mengelakkan daripada terbawa air kencing ketika solat tanpa disedari yang boleh mengakibatkan solat menjadi tidak sah oleh kerana masih terdapat saki baki air kencing yang menitik pada pakaian dan tempat solat kita.

Oleh hal yang demikian, ISTIBRAini boleh menjadi WAJIB apabila seseorang itu mengalami masalah dedas atau lebih dikenali dengan kencing tidak tosyang sering dialami oleh kaum lelaki serta masalah keputihan dan istihadhah yang sering dialami oleh hampir keseluruhan kaum hawa usai suci daripada haid. Oleh itu, bagi yang mengalami masalah ini, mereka wajib berISTIBRAsetelah bersuci dan beristinjak dan perlulah mengambil wudhu setelah masuknya waktu bagi setiap kali ingin solat. klik sini untuk tengok video


Setelah itu, kita perlulah memastikan najis-najis itu tidak terkena pada pakaian atau tempat solat kita dengan pelbagai kaedah seperti memakai tuala wanita (wanita) ketika sedang solat agar darah istihadhah atau keputihan yang masih mengalir itu tidak kena pada pakaian kita. Pada situasi ini, darah atau keputihan yang masih mengalir itu dimaafkan walaupun salah satu syarat sah solat tidak dipenuhi iaitu suci daripada najis kerana ia dikategorikan sebagai darurat tetapi wajib melaksanakan solat. Bagi kaum lelaki, pelbagai cara juga boleh dilakukan bagi mengelakkan air kencing terkena pada pakaian.

Kesimpulannya, sebagai umat islam kita mestilah mengambil berat dalam menjaga solat bukan sahaja ketika solat, malah sebelum menunaikannya agar solat yang kita lakukan selama ini diterima oleh Allah. Sekian yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari saya sendiri. Wallahualam.


 








Comments